Origin Of Durian Udang Merah
Asal-usul dan pengasas baka Durian Udang Merah tidak diketahui secara terperinci tetapi ianya telah didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pertanian Malaysia pada 4 Jun 1990 dengan kod pendaftaran D175 bersama-sama 4 jenis baka durian yang lain iaitu Durian Kuning (D176), Durian Juara 90 Penang (D177), Durian Penang 88 (D178) dan Durian Penang 99 (D179).
Pada asalnya durian ini hanya boleh didapati di Pulau Pinang tetapi penanamannya kini telah berkembang ke negeri lain seperti Pahang dan Johor disebabkan permintaan yang tinggi. Namun begitu, ada pandangan yang mengatakan bahawa durian yang ditanam di Pulau Mutiara tersebut mempunyai rasa yang berbeza berbanding yang ditanam di negeri-negeri lain.
