Durian Crepe

Durian Crepe merupakan juadah pencuci mulut yang mula meningkat popularitinya di kalangan masyarakat di Malaysia, Vietnam dan Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Crepe atau dalam istilah Bahasa Melayunya iaitu lempeng bukanlah hidangan baru dalam buku resipi di negara Barat. Malah, ia merupakan pencuci mulut yang agak klasik yang penuh dengan bahan-bahan seperti keju, krim atau pelbagai jenis sirap, buah-buahan atau biskut. 

Perkataan crepes itu sendiri berasal daripada Bahasa Perancis yang diambil daripada Bahasa Latin; yang membawa maksud “berlipat”. Mungkin sebab inilah Durian Crepe mengambil namanya bersempena lapisan kulit luarnya yang nipis iaitu seperti lempeng yang diisikan dengan krim segar berintikan durian segar yang kemudiannya dilipat.

JENIS DURIAN YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT DURIAN CREPE

Durian D24 atau Durian Sultan adalah pilihan utama bagi pengusaha Durian Crepe kerana isinya yang sangat berlemak, sederhana manis dan pahit serta mengeluarkan aroma sederhana kuat. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan Musang King, Tekka, Udang Merah dan durian premium yang lain tetapi jika anda pandai untuk memilih, kualitinya mampu untuk mencabar kelazatan jenis durian di atas.

Namun begitu, anda boleh menggunakan durian jenis lain seperti durian kampung yang jauh lebih murah tetapi kualitinya bergantung kepada nasib kerana kadangkala rasanya manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, tidak konsisten dan berbeza-beza. Bagi mereka yang berpoket tebal atau mempunyai kebun sendiri, anda bolehlah mencuba dengan jenis durian premium seperti Musang King walaupun kami sendiri berpendapat bahawa ianya lebih enak dimakan begitu sahaja.

RESIPI DAN PENYEDIAAN DURIAN CREPE

Ramai yang bertanyakan tentang cara untuk menghasilkan Durian Crepe yang paling mudah dan enak. Hari ini, kami akan berkongsi rahsia tersebut dengan anda semua. 

Sebenarnya, resipi ini bukan hanya khas untuk durian semata-mata tetapi anda juga boleh menggunakan buah-buahan yang lain seperti mangga, strawberi, kiwi dan sebagainya mengikut citarasa anda tetapi sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah durian menjadi pilihan utama.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya: –

BAHAN-BAHAN UNTUK DURIAN CREPE

Crepe:

  • 1 Biji Telur
  • 1 Sudu Besar Gula Kastor
  • 1 Sudu Kecil Minyak Masak
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 4 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Tepung Ubi
  • 1 Sudu Besar Tepung Kastard
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 40ml Susu Segar
  • 150ml Air
  • Pewarna Makanan

Inti: 

  • 200ml Susu Segar 
  • 1 Sudu Besar Gula 
  • 1 Sudu Besar Tepung Kastard 
  • 100g Durian 
  • 100ml Krim Putar Bukan Tenusu

CARA PENYEDIAAN DURIAN CREPE

Crepe: –

  1. Masukkan telur, gula kastor, susu segar, air, minyak masak, esen vanila dan pewarna makanan ke dalam bekas. Seterusnya, kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  1. Letakkan penapis pada bekas tersebut dan masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung kastard dan tepung jagung. Seterusnya, ayak tepung-tepung tersebut.
  1. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati. Seterusnya, tapis adunan tersebut ke dalam bekas yang lain.
  1. Panaskan kuali tidak lekat (non-stick pan) bersaiz kecil dengan api sederhana. 
  1. Apabila kuali telah panas, masukkan adunan crepe dengan jumlah yang bersesuaian (tidak terlalu banyak atau sedikit) mengikut saiz kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan menjadi rata dan nipis. Pastikan adunan crepe memenuhi ruang permukaan kuali.
  1. Biarkan seketika sehingga warna crepe berubah kepada warna keemasan dan angkat dengan berhati-hati dengan menggunakan sudip dan sudu supaya tidak koyak. Jangan biarkannya terlalu lama kerana crepe mudah untuk hangit. Crepe tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis dan mudah dimasak.
  1. Ulangi langkah di atas sehingga adunan crepe habis dimasak.

Inti: –

  1. Masukkan susu segar, gula dan tepung kastard ke dalam periuk. Seterusnya, kacau sehingga sebati.
  1. Masakkan adunan tersebut pada suhu rendah dan teruskan mengacau sehingga mula mendidih.
  1. Masukkan durian ke dalam adunan tersebut dan kacau sehingga sebati. Seterusnya, tutupkan api dan biarkan adunan tersebut sejuk.
  1. Masukkan krim putar bukan tenusu ke dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering. Seterusnya, gunakan mesin pengadun dan adun krim tersebut sehingga kembang dan kental.

Produk Akhir: –

  1. Masukkan adunan krim putar bukan tenusu ke dalam piping bag. Sekiranya tidak mempunyai piping bag, anda boleh menggunakan 2 sudu untuk mengaut krim putar tersebut. Seterusnya, letakkan crepe pada permukaan yang rata dan mula meletakkan adunan krim putar pada crepe dalam jumlah sederhana (tidak terlalu banyak atau sedikit) bergantung kepada saiz crepe. 
  1. Letakkan adunan isi durian di tengah-tengah adunan krim putar. Seterusnya, tutupi adunan isi durian tersebut dengan satu lagi lapisan adunan krim putar.
  1. Akhir sekali, balut kedua-dua adunan tersebut dengan crepe sehingga mampat dengan bentuk 4 segi dan terbalikkan durian crepe tersebut.
  1. Ulangi proses di atas sehingga crepe dan adunan habis digunakan.
  1. Untuk lebih menyelerakan, masukkan Durian Crepe ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

LOKASI DURIAN CREPE YANG TERBAIK DI LEMBAH KLANG

Walaupun anda sendiri boleh menyediakan Durian Crepe di rumah dengan menggunakan resipi di atas, terdapat cara yang lebih mudah dan cepat iaitu dengan mendapatkannya secara terus di premis DurianBear atau memesan secara dalam talian. Penghantaran pula adalah pada hari yang sama.

DurianBear menawarkan Durian Crepe yang dihasilkan menggunakan durian segar yang berkualiti tinggi. Gabungan isi durian yang padu + krim manis dan sedap + crepe yang sedap = Sedap Sehingga Menjilat Jari! Durian Crepe yang sangat sedap ini pastinya akan menceriakan hari anda!

Ia didatangkan dalam pek 4 keping atau 8 keping di mana ianya sesuai untuk hidangan 2 hingga 10 orang (namun, ada yang mampu menghabiskannya seorang diri kerana rasanya yang enak). Pastikan anda memesan lebih supaya tidak menyesal dan kempunan nanti.

Durian Crepe adalah terbaik apabila dihidangkan dalam keadaan sejuk. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk untuk tempoh maksimum 2-3 hari jika tidak dimakan dengan segera. Pastikan anda menghabiskan Durian Crepe dalam tempoh 1 jam pada suhu bilik bagi mengelakkan rasanya mulai berubah menjadi masam.

Seperti yang dinyatakan di atas, pemilihan jenis buah yang bersesuaian untuk menghasilkan Durian Crepe yang berkualiti memerlukan kepakaran, bak kata pepatah “Hanya Jauhari Mengenal Manikam”. DurianBear bukan sahaja menjual durian berkualiti tinggi malah mampu mengenalpasti buah durian yang paling sesuai untuk digunakan dalam bahan pembuatan pencuci mulut kegemaran ramai ini. 

Oleh itu, anda tidak perlu rasa bimbang atau was-was sama ada pembelian anda berbaloi ataupun tidak kerana kualiti produk DurianBear adalah terjamin. Dengan harga durian yang melambung tinggi akibat wabak COVID-19, Durian Crepe merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang ingin menikmati keenakan durian pada harga yang lebih rendah.